Lawatan Delegasi Rusia

Ringkasan: LAWATAN DELEGASI MILITARY ACADEMY OF THE GENERAL STAFF OF THE ARMED FORCES OF THE RUSSIAN FEDERATION KE PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL (PUSPAHANAS)

12 Disember 2025 - PUSPAHANAS telah menerima lawatan rasmi delegasi daripada Military Academy of the General Staff of the Armed Forces of the Russian Federation yang diketuai oleh Colonel General Vladimir Zarudnitsky, selaku Chief of the Military Academy of the General Staff

of the Armed Forces - Russian Federation. Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan delegasi mendapatkan maklumat terperinci mengenai peranan, fungsi serta program akademik di PUSPAHANAS, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan strategik ketenteraan antara kedua-dua pihak.

Delegasi telah diberikan taklimat oleh PS 1 Rancang PUSPAHANAS berkaitan struktur organisasi, kurikulum pengajian serta peranan PUSPAHANAS sebagai institusi pengajian pertahanan strategik ATM. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama bagi menghantar pegawai-pegawai dari Malaysia dan Persekutuan Rusia untuk menghadiri kursus dan program latihan yang ditawarkan di Rusia dan Malaysia, ini selaras dengan usaha memperkukuh Bilateral Defence Cooperation antara kedua-dua negara.

Sesi taklimat dan perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali, Presiden PUSPAHANAS; Mejar Jeneral Abdul Karim bin Ahmad, Komandan MKN; Laksamana Pertama Hj Shahriman bin Hj Mahmud, Komandan MPAT; Brigedier Jeneral Mohd Kamil bin Hj Abdul Latiff, Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan (KPPL), serta pegawai-pegawai staf PUSPAHANAS.

Selain sesi taklimat, delegasi turut dibawa melawat sekitar Kompleks PUSPAHANAS bagi meninjau kemudahan serta fasiliti yang disediakan bagi menyokong pelaksanaan program pengajian dan latihan pertahanan.

Lawatan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Persekutuan Rusia, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan ketenteraan, serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

#puspahanas

#mppldatm

#angkatantenteramalaysia

#MinDefMalaysia

Share this Bulletin

Related Bulletins

Back to All Bulletins