BENGKEL AKHIR KAJIAN PENGGABUNGAN PUSAT-PUSAT LATIHAN PERKHIDMATAN

Ringkasan: Port Dickson, 5 Februari 2026 - Pelaksanaan Kajian Penggabungan Pusat-Pusat Latihan Perkhidmatan merupakan satu inisiatif dalam usaha memperkukuhkan sistem pendidikan dan latihan ATM agar lebih bersepadu, relevan serta selari dengan keperluan operasi semasa. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian penggabungan tersebut sebagai langkah memperkasakan pembangunan modal insan, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber serta menyokong keupayaan pelaksanaan operasi bersama.

BENGKEL AKHIR KAJIAN PENGGABUNGAN PUSAT-PUSAT LATIHAN PERKHIDMATAN

Port Dickson, 5 Februari 2026 - Pelaksanaan Kajian Penggabungan Pusat-Pusat Latihan Perkhidmatan merupakan satu inisiatif dalam usaha memperkukuhkan sistem pendidikan dan latihan ATM agar lebih bersepadu, relevan serta selari dengan keperluan operasi semasa. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian penggabungan tersebut sebagai langkah memperkasakan pembangunan modal insan, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber serta menyokong keupayaan pelaksanaan operasi bersama.

Selaras dengan hasrat tersebut, bengkel akhir telah dilaksanakan di Pusat Pengaman Malaysia dengan kehadiran Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan MPPLD ATM serta melibatkan penyertaan wakil daripada MATM-BOLP, Cawangan Latihan MPPLD ATM, MK PLDTD, MPLD TLDM dan MPPLU. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat serta data yang diperoleh, seterusnya memuktamadkan dapatan kajian secara menyeluruh dan komprehensif.

Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat menghasilkan dapatan yang holistik sebagai rujukan dalam penetapan resolusi yang bakal diputuskan. Oleh yang demikian, komitmen dan kerjasama berterusan daripada semua pemegang taruh amat penting dalam menyokong usaha penambahbaikan sistem pendidikan serta latihan ATM secara berterusan.

Artikel: Kdr Ahmad Redhuan bin Osman TLDM

Gambar: Mej Shahrol Ariffin Mhd Aris

Share this Bulletin

Related Bulletins

Back to All Bulletins